JellyPages.com

Friday, April 11, 2014

Tolong Pesan Pada Hati..

Assalammualaikum...
Hmm its been a long long longgggggg time x taip entri baru. Dah berhabuk berdebu dah. Dulu minat tenggelam timbul, sekarang dah tak tenggelam dah, timbul je lebih. Hai blog sayang, jangan buat hal lagi k. Sebab tak larat nak adjust semula satu persatu kecacatan yang terzahir ni. Malu tengok blog bersepah macam kena pukul ombak rindu. Maaf sebab memang suka bermain dengan kata-kata ni. Hehe. Ok straight to the point jela, nak update entri yang pertama ni untuk tahun 2014 dengan penuh rasa gilang-gemilangnya. 

Hooray !
Hidup walaupun pahit kelat masam manis kena teruskan juga. 

Tajuk ? Tolong pesan pada hati...
Banyaknya pula sampai tak tau nak mula cerita dari mana. Memanglah banyak sangat-sangat. Line clear sebab tu boleh update entri dengan senyuman sampai ke telinga. Tak gitu? Pesan mak, jaga diri kat tempat orang. Pesan ayah, jangan main-main, belajar sungguh-sungguh. Pesan adik-beradik, belajar pandai-pandai. Pesanan tu semua saya "saved' dalam hati. Tutup ketat-ketat rapat-rapat. Memang banyak membebel ni. Sebab ada baiknya kita keep silent dan muhasabah diri supaya sentiasa beringat-ingat dengan setiap perbuatan di kemudian hari. Ada nampak tak yang hidup ni sebenarnya mekar indah jika nak dibandingkan dan dikesalkan. Jangan bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain. Jalan hidup kita semua tak sama. Tapi ingat, kita dibawah satu langit yang sama. Jauh itu cuma jarak. Senyum je.

Semester 4 dah kat UiTM Sabah, tinggal lagi 2 semester untuk lengkap degree. How time flies so fast... Corak masa depan, andalah pemegang pencanting itu. So sila corak baik-baik. Dan penuh hati-hati. Aim untuk semester kali ni mestilah lagi konkrit daripada semester lepas lepas. Siapa yang nak gagal dalam hidupkan? Be positive. 

Dah tau nak sumbat taip apa, so sampai disini saja. Misi mencari destinasi seterusnya sedang bermula. Mid-semester yang memang akan selalu awesome. Kita tengok kali ni awesome ke tidak. Ok bye.



Salam sayang manis,
Aimie Yusof


Monday, June 24, 2013

Jerebu Datang Lagi...

Assalaaaammualaikum readers....

Tak tau la kenapa rajin sangat nak update blog ni. Mentang-mentang dah nak final exam. Buat je apa yang diri tu suka asalkan tak memudaratkan orang sekeliling.. (statement ape ni???) Nanti dengan tak sewenang-wenangnya Amy ni adalah mood nak study. Final exam untuk semester ni dah nak dekat sangat-sangat. Cuak pulak rasanya. Tapi yang penting kesihatan itu yang kena jaga. Jangan tak dijaga lagi-lagi lah masa jerebu macam sekarang ni. Memang langkah-langkah untuk berjaga-jaga itu adalah sangat penting. Sekarang dok update status pun dekat library. Bukak je past year question, tengok soalan.... Hermmmm.....ok.... Macam nak kena guna gear lima ni.. Banyaknya nak kena study ni. Yela, mentang-mentang ada gap kat setiap paper, boleh la senyum sikittt je ok. Tak nak jadi lagi dah macam semester lepas. Berbalik kepada motif yang sebenarnya..
Sebenarnya nak dok cite pasal jerebu ni. Kalau kat tempat Amy sekarang, kat Kota Kinabalu, Sabah, keadaan adalah masih terkawal dan dalam status "moderate" lagi. Tapi langkah untuk berjaga-jaga tu masih lagi sangat penting. Sediakan payung sebelum hujan, bak kata pepatah Melayu kita.

Nak kongsi kat sini, langkah-langkah yang perlu diambil semasa menghadapi jerebu. Sebelum tu, status IPU adalah seperti dibawah :

Status IPU
0-50 : Baik
51-100 : Sederhana
101-200 : Tidak sihat
          201-300 : Sangat tidak sihat
301-500 : Berbahaya

sumber : Goooooooooooooogle

Bagi yang nak hadapi final exam tu silalah ambil langkah keselematan seperti kurang outdoor activities. Kalau rasa memang dah tak tahan nak pegi jogging ke apa, buat jela kat umah ye sebab bahaya kalau terdedah secara langsung dengan keadaan luar yang udaranya sah-sah dah tercemar ni. Dan bagi yang penunggang motosikal tu, silalah guna "mask" ataupun topeng muka tu. Tak payah nak gelak kalau tengok orang guna benda tu.

Lepas tu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya, 2 liter sehari. Bagi yang susah sangat nak minum air tu, silalah berjinak-jinak dengan minum air kosong ni ye. Ini untuk mengelakkan badan kekurangan air dan boleh membantu diri kita ni supaya tak terhidrat semasa kita menghadapi jerebu ni. Sebenarnya bukan setakat masa jerebu je, masa-masa lain pun digalakkan sebenarnya.

Untuk yang selalu ataupun kerap merokok tu, silalah kurangkan aktiviti merokok terutamanya pada keadaan jerebu di tahap 100 kerana ianya memanglah sangat bahaya. Dah la merokok tu memang bahaya, apatah lagi dengan keadaan jerebu macam sekarang ni. Mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti penghidap asma, lelah, penghidap radang paru-paru dinasihatkan untuk meminimakan aktiviti luar, tak pun pergi bercuti sementara ke tempat yang kurang pencemaran jerebunya. 

Untuk yang pengguna kereta, bagi yang suka sangat bukak tetingkap ketika memandu, dinasihatkan agar menggunakan aircond je sebab lebih baik kalau macam tu. Biasa student kat kampus yang buat camni, sebab nak jimat minyak. Hehe.

Selepas je buat aktiviti luar, dinasihatkan agar cuci muka dan tangan sebab kita kan dah terdeah dengan kandungan udara yang tidak sihat. 

Semoga kamu semua dapat la ambil langkah berjaga-jaga ye. :)

p/s macam mana dengan keadaan jerebu di kawasan korang pulak?



Salam sayang manis,
Aimie Yusof














Stalkers