Assalamualaikum all...
Mengapa kita selalu merasa sedih sedangkan ada banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita baik kita sedar ataupun tidak. Janganlah bersedih wahai hati...dunia ini cumalah persinggahan yang sementara manakala di akhirat kelak merupakan tempat yang kekal abadi. Kita sedih,kita merasa begitu tidak diperdulikan apabila kita berada di khalayak ramai namun tiada siapa yang sedar dan ambil kisah tentang diri kita ini.. Kesannya, kita merasa begitu tidak layak untuk bersama hidup di muka bumi ini. Dengarlah wahai hamba ALLAH...kamu tidak keseorangan..malah kamu sentiasa berteman. Dialah....ALLAH yang sentiasa ada ketika kamu merasa begitu berduka. ALLAH tidak pernah sekalipun lalai tentang kamu walaupun kamu hanya terkadang untuk mengingatiNya... Subhanallah...
Meskipun kamu merasa begitu sedih,begitu tersentuh hatinya,tetapi ingatlah,ALLAH ada sesuatu untuk kamu sekiranya kamu berani untuk menghadapi dugaan itu dan berani untuk berdepan dengan ahli masyarakat yang dulunya memulaukan kamu. Kita semua sama..tiada apa yang berbeza. Hanya amalan saja yang mampu membezakan taraf kita di akhirat kelak dan di mata ALLAH. Dan selebihnya....serahkanlah kepada ALLAH.. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment