JellyPages.com

Sunday, November 25, 2012

Trip to Pulau Manukan

Assalamualaikum all...
Entri kali ni adalah mengenai destinasi ke Pulau Manukan yang mahsyukkk... huhu..:). Sori sbb lama x update n ni lah crta yg latest utk korang baca keyh. Wonderful journey with cheerful friends. Almaklumlah masa mid term break,mesti da plan yang dibuat untuk perantauan macam Amy ni,so dengan kesempatan yang ada,ambik peluang untuk pergi ke pulau yang ada di Sabah ni. Tapi setakat ni, saya dan kawan-kawan hanya pergi ke pulau Manukan saja ye.. (buat muka budget) Ok, short briefing tentang si pulau Manukan ni. Pulau Manukan merupakan antara lima buah pulau di Taman laut Tunku Abdul Rahman dan kedua terbesar di Kota Kinabalu selepas Pulau Gaya, selain itu tiga lagi pulau yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Pulau ni sesuai dengar penggemar aktiviti snorkeling. Tapi sampai je kat jeti pulau tu, tak payah guna alat snorkeling pun kita dah boleh lihat dengan jelas beribu-ribu ekor ikan yang berenang sebab airnya yang begitu jernih. 

 yang gambar ni kat Jessselton Ferry Terminal


sblm masuk , sempat lg bergambar kat jeti.. :)

Dari Jesselton point, perjalanan bermula dengan mengambil bot untuk ke pulau. Ambil masa kira-kira 20minit. Alhamdullillah, hari masa tu cerah dan perjalanan pergi pun tidak ada penghalang. Sesampai je kat jeti, kami semua begitu teruja dengan sambutan oleh beribu-ribu ekor ikan yang pelbagai spesies dan warna. Sekali pandang mulalah merasa begitu bersyukur sebab dapat melihat salah satu kurniaan Allah S.W.T. (hehe..sori ye kengkawan.. publish gambar korang secara tak langsung)


Target yang seterusnya ialah menikmati air dan ombak Manukan. Suka saya nak buat pengakuan kat sini, saya memang tak reti berenang...(huhu) Tapi di sebabkan terlalu excited dengan air laut dan view yang cukup cun tu, semua tu macam dah tak wujud je rasa tak tau berenang tu. Kekawan yang lain sibuk je nak buat aktiviti snorkeling sebab memang tak dapat dinafikan batu karang dan ikan-ikan yang di dalam air memang sangat mengujakan dan pelbagai bentuk serta warna. And lepas puas main-main air gitu kat tebing pantai tu tapi still dapat menyaksikan anak-anak ikan yang comel lote berenang-renang. Memang teruja. Selepas satu jangka masa kami orang pun mulai berkumpul tapi buat hal masing-masing.. Makan junk food (walaupun tau yang junk food is totally not good for our health ok) dan duduk menghadap laut. 



Walaupun banyak gambar yang dah di 'capture'..ehermm.. ni saja yang di 'publish' untuk korang.. View memang pergghhh... Lawa sesangat. So pada silence reader sekalian...sekiranya ada masa, luangkanlah masa untuk pergi berhibur di Pulau Manukan,Sabah.. Yang penting saya dah mengalami sendiri pengalaman tersebut.. Bak kata pepatah, jauhari jua yang mengenal manikam, tak kenal maka tak cinta, tak pergi maka tak merasa.. (haha). Semoga terhibur baca entri kali ini (^__^)

No comments:

Post a Comment

Stalkers