JellyPages.com

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum readers...
Lama menyepi bukan sebab dah lupakan blog yang tersayang ni. Tapi lama menyepi sebab banyak sangat assignment dan kerja2 yang bertimbun. Memang dah lumrah hidup seorang student ni yang banyak dengan dugaan dan cabaran. Mungkin ada ramai di luar sana yang tidak mengetahui tentang malam nisfu syaaban yang penuh kemuliaan ni. Sesungguhnya, berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan kerana kita tidak tahu akan apa yang bakal berlaku untuk esok, dan seterusnya.

sumber : Goooooooogle
Malam nisfu syaaban merupakan malam dimana amalan akan dibawa naik oleh malaikat dan ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW, menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan yang tidur ataupun lalai. Di samping itu juga, malam nisfu syaaban adalah merupakan malam dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku amalan yang baru.

Bagi Amy, adalah baik untuk kita saling mengingati akan amalan-amalan sunnah nabi SAW sepanjang bulan Syaaban ni. Nak jadi hamba yang beriman dan yang sentiasa mendapat keredhaan Ilahi kelak di akhirat kelak bukannnya mudah melainkan ada matlamat yang jelas dan usaha yang bersungguh-sungguh, kerana mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..
Allahu rabbi..

sumber : Gooooooogle

Selepas masuk maghrib, bolehla kita baca doa awal tahun. Semoga apa yang berlaku akan menjadi lebih baik dan mendapat redha Ilahi.. Semoga dapat merasakan Ramadhan untuk tahun ini.
Allahumma amin...

Salam sayang,
Aimie Yusof

No comments:

Post a Comment

Stalkers