JellyPages.com

Saturday, August 18, 2012

'Frust' dalam bercinta...

bagi sesiapa yang pernah merasakan sakitnya putus cinta pasti akan tahu perihnya. realitinya, ada yang tidak sedar bahawa mereka yang pernah putus cinta itu sebenarnya telah diberikan banyak lagi kebahagiaan yang bakal menanti.

sukar untuk digambarkan sekiranya kita disakiti oleh orang kita paling cintai. hidup merasa tidak bermakna, jiwa merasa kosong, dan semua yang dilakukan seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa makna. pepatah ada mengatakan bahawa
 'satu perkara yang paling menyakitkan ialah CINTA, tapi juga bisa menjadi satu perkara yang sangat membahagiakan sesiapa saja'.

Subhanallah... Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segala isi yang ada di langit dan juga di bumi. anggap saja bahawa putus cinta itu sebenarnya adalah satu ujian daripada Allah S.W.T. Putus cinta bukanlah pengakhiran segala-galanya.

                                                                sumber : Google

apabila hati dah patah camni...ape yg perlu dilakukan ialah.....

  1. Berdoalah kepada Allah S.W.T..
  2. Bertawakallah...
  3. Semua ini adalah dugaan daripada Allah.. cuba sentiasa berfikiran positif ok.. 
  4. Jangan pulak buang semua barang-barang pemberian si dia..mane tau jodoh kamu berdua masih ada... 
  5. Berhati-hati di masa hadapan...jangan mudah untuk menerima kehadiran cinta yang baru kerana bila kita jatuh cinta selepas break off dengan orang yang tersayang...itu sebenarnya adalah ubat khayal untuk kita berteduh..sedangkan ingatan kita tentang si dia masih lagi kukuh... ingat! 
  6. Lastly....cuba berpindah kepada hobi-hobi yang baru.. perlahan-lahan nanti...insya Allah kamu akan berupaya melupakan si dia...
kadang-kadang ALLAH sengaja nak uji kita sama ada kita cekal ataupun tidak.. 
sekiranya dia memang tercipta untuk diri kamu, bertawakallah..
biar dipisah laut dan samudera sekalipun..
tetap akan bersama andai jodoh ada...
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Stalkers