JellyPages.com

Wednesday, August 22, 2012

Bila Yang Hitam Menjadi Putih...


Assalamualaikum all..
Entri kali ni adalah mengenai sesuatu yang asalnya nampak hitam,gelap dan makin tersasar. Khasnya dalam sesebuah perhubungan. Nampak mustahil? Mungkin ya mungkin tidak. Tidak salah jika diri ini mengatakan bahawa terasa diri ini begitu dihargai oleh sang Pencipta dan sang penakluk hati ini. Tampak begitu pudar dulu warna itu...nampak layu kasih itu... Syukur....ALLAH mendengar doa dari hambanya yang jahil ini. Dia kini kembali...kembali..memimpin hati ini yang telah lama rebah dan hampir jua tersungkur. Walaupun nyata diri ini dan dia jauh berbeza, berbeza pegangan agama, berbeza adat dan bahasa, berteduh di berlainan kepercayaan, tapi diri ini masih teringin untuk mengajak dia bersama memeluk nur hidayah ini. Semoga permintaan ini dikabulkan hendaknya... Amin Ya Rabbal ala min..



Bermulanya kisah kami apabila satu orientasi dijalankan di sebuah sekolah. Ternyata dalam diam, hatinya terusik tapi mulutnya membisu. Enggan berkata-kata malah disimpan saja. Namun diri ini tidak menyedari malah aku tidak pernah menyangkakan bahawa dia telah tertawan. Oh bukan..bukan diri ini mahu menjadi perhatian sang Adam, malah teringin sekali diri ini menundukkan pandangan daripada apa segala yang membuat diri ini alpa.. Sesungguhnya, setiap saat nafas ini tercatat di kedua-dua kitab amalanku.

Sungguh hitam itu menjadi pudar apabila masih kukuh ingatan diri ini terhadapnya, saat menempuh hari-hari bersama namun tak pernah dilupakan pada tujuan kami di sekolah itu. Menuntut ilmu demi masa depan. Syukur kami berjaya jua. Tidak terduga malah tidak pernah pula direncanakan semua ini.

Kemudian, jarak juga yang menjadi penghalang. Sekali lagi cinta kami diduga. Memang adat dunia,yang kita impikan tidak semestinya akan menjadi milik kita tapi ingatlah bahawa...

"Bila ALLAH mengambil sesuatu yang telah menjadi milikmu dan dari genggamanmu,redhalah dengan itu..kerana sebenarnya ALLAH telah mengisi kembali tanganmu dengan kebahagiaan yang tidak terduga."


Bila cinta itu mulai pudar mulai hilang, terkesima diri ini kerana menggunung harapan yang telah disandarkan bersama. Diri telah cuba untuk tidak menangis tetapi ada falsafah cinta mengatakan bahwa yang menangislah jika itu bisa membawa kamu keluar dari sarang kedukaan..


Lantas diri ini menangis dan terus menangis sehingga di satu masa, diri ini tersemban di tikar sejadah..menyesali bahawa cinta ALLAH itu lebih hakiki. Kemudian,berserahlah diri ini kepada takdir,redhalah diri ini kepada jalan hidup yang telah ditentukan dari azali lagi.

Ya. ALLAH maha mendengar doa hambanya yang ikhlas. Hitam kini telah menjadi putih kembali...
Subhanallah...


No comments:

Post a Comment

Stalkers