JellyPages.com

Saturday, August 25, 2012

Kacang Soya....baik ke tidak???

Assalamualaikum all...

Setelah diri ni pening kepala cari info dan kenyataan sebenar-benar tentang si KACANG SOYA neh, 
barulah diri tau. Entah ape-apelah... Memang indah khabar dari rupa kot. Kita dalam diam-diam telah lama "disogok" tau kengkawan..oleh musuh-musuh yang cuba untuk melakukan hasil perniagaan mereka. Memang sangat mengejutkan dan adakalanya seperti fakta itu seolah-olah "pembunuh dalam diam". Tapi ramai yang tidak sedar, memang sedar malah ada yang tidak tahu 100%!
Kita selalu dengar,kita nampak dan kita mula kenal sejak dari kecil algi, tapi kita jarang cuba untuk ambil tahu bukan?

Infact...
Kacang soya ni digelar sebagai "daging daripada ladang". Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5 quart susu atau 2 paun keju.  Selain protein ia mengandungi vitamin B kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam galian dan tiada kolesterol. Kononnya juga kacang soya ni baiklah sangat untuk penyakit-penyakit seperti yang tertera dibawah neh:

  • kencing manis
  • anemia
  • sakit tulang dan sendi
  • risiko kanser payudara
Hah korang...pendek kata, sememangnya elok untuk kita semua ni mengamalkan amalan pemakanan sunnah Rasullullah S.A.W.
Tetapi...
Sebenarnya kacang soya ni boleh menyebabkan dan meningkatkan risiko kanser payudara! Malah berupaya melemahkan dan melembapkan otak. Selain itu juga merupakan salah satu punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dan kanak-kanak.
Hal ini adalah kerana ada kajian yang menunjukkan bahawa kacang soya ini mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development ->>mungkin memberi kesan kepada kejantinaan seseorang....kelembutan????
wah wah wah....
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Macam tu jugak dengan si kacang soya ni... Bukan itu saja, kandungan dalam kacang soya ni jugak lain daripada kandungan kekacang yang lain... ape benda pulak  ‘phytic acid’ tu???
Sebenarnye...phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Susah la badan nak serap khasiat yang kita makan nanti..hmm..




Keadaan ini juga bukanlah satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik seperti ape yang kita sangkakan tau..
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.





No comments:

Post a Comment

Stalkers