Assalamualaikum semua... :)
Tahun baru dah sekarang. Terasa banyak kenangan tahun 2012 yang pasti akn terus kekal dalam ingatan. Begitu indah ciptaan dan percaturan yang telah Allah tentukan.. Kita semua meninggalkan 2012 dan menyambut kedatangan 2013 dengan harapan akan ada yang lebih baik daripada apa yang pernah terjadi. Semua yang bakal ditempuhi memang penuh misteri dan semoga kita akan tabah menghadapinya kelak. Jangan mudah rebah bila diuji...kerana ujian Allah itu kelak ada manisnya.. Walau terhiris sekalipun perasaanmu, jangan sesekali berputus asa..
2012...
Tahun yang mengajar erti berdikari. Penatnya mencari rezeki sendiri. Dari situlah mula menyedari yang sukarnya untuk mencari rezeki. Syukur...dapat dilalui dengan semangat kendiri. Bermulanya juga kehidupan baru buat kedua kakak saya. Jauh tapi dekat dihati.. Jauh bukan alasan. Malah kejauhan itu juga yang mengajar kita erti rindu. Satu perasaan yang bak gemersik angin. :)
2012 juga...
Mendapat tawaran ke Uitm Kota Kinabalu. Berpeluang lagi untuk menuntut ilmu. Semoga Allah meredhai perjalanan hidup ini. Berjauhan lagi dari keluarga... Pertemuan dengan sahabat-sahabat yang mengajar erti mujaddah diri. Begitu bermakna dan meresap jauh ke dalam hati ini. Itulah sahabat dunia akhirat kata orang. Satu ucapan yang paling diingati..
Sahabatku..peganglah akhirat di dalam hatimu dan genggamlah dunia di erat tanganmu.
Kredit kepada Nur Shafiqah Bacho dan Nur Amirah Sakinah.
Pengertian itu mulai teruji pabila sahabat seperjuangan melalui suatu detik getir dalam hidupnya. Kehilangan insan tersayang memang bukan mudah. Lalu, walau jiwa ini turut merasa, sebagai sahabat..tiada apa yang indah melainkan memberi semangat. Itulah ujian Allah..tidak mengenal masa,tempat malah akan tiba dimana-mana sahaja..
Melepaskan bukan akhir dunia... Sedang diri ini sedang berjihad di jalan Ilahi...ada yang perlu dikorbankan. Walau ada perkara yang tidak ingin kita lepaskan.. Ada hubungan yang kita tak ingin leraikan. Ada hal yang tidak dapat diucapkan.Tapi Allah jua penentu segalanya... Dia jua yang Mengetahui. Pahitnya rasa itu biarlah tersimpan di dalam dada...
Syukur.....
Ada sahabatku yang terbuka hatinya untuk menerima hidayah dari Ilahi.. Sesungguhnya Islam itu mudah. Semoga dia berbahagia hendaknya dalam payungan rahmat Mu Rabbi.. :) Tiada kata yang mampu diucap, malah bukan jua pujian yang terlafaz...tapi rasa penuh bersyukur di atas yang berlaku.
2013...
Semoga kedatanganmu akan dihadapi dengan senyuman dan keredhaan dari Allah..
No comments:
Post a Comment