Assalamualaikum semua…
Walaupun tidak ada keupayaan untuk
berenang, namun saya masih berpeluang untuk merasa sendiri berkayak di jeram tahap
1 dan 2 di sungai Kiulu,Tamparuli,Sabah. (tahap untuk new learner lah katakan…)
Untuk kesempatan ini, saya nak kongsi pengalaman
yang memang seronok dan memang best dengan semua. Tak sia-sia bayar lebih untuk
mendapat pengalaman yang macam ni..
Arus
yang pada masa tu memang agak nakal…
Buat kawan-kawan yang sedang tertera kat atas,
Nana, Vero, Arif dan Hazirah, dan kakak (xingat nama…huhu) serta pemandu arah
kami… Dave… (terbaikkk)…
Good moment will be always remembered if we with
our beloved friends… (“_”)
Pada mulanya air sungai memang kelihatan agak
deras dan ombak yang menghempas pun berkala, jadi pada kami yang baru berafting
ni memang agak gementar sedikit. Disebabkan terlampau excited jadi
masing-masing test vocal… haha… tengok ni…
Test vocal ramai-ramai
bila sampai salah satu kawasan yang umpama “washing machine” (kata lecturer
kami orang J)
Setiap point pasti akan ada kawasan hentaman
dimana bergantung kepada pengemudi untuk mengimbangi badan mereka daripada
terjatuh dari boat. Jadi kenalah pandai untuk buat brek kaki sendiri. Kesegaran
dan kesejukan airnya memang dapat menggegarkan badan kerana perjalanan untuk
sampai ke point terakhir mengambil masa 2jam. Tapi seriously, macam tak terasa
masa berlalu.
Boat
kami orang nasib tak terbalik setelah berhentam dengan dinding batu yang
semulajadi…terbaikkk J
Sekarang saya nak kongsi pulak gambar saya
merentasi borneo zip line…
Sebelum nak memulakan zipping…pencuba hendaklah
menaiki menara yang setinggi 18 meter sebelum merentasi sungai Kiulu. Tapi jangan
risau sebab sebelum memulaksn zipping, kita akan diperiksa terlebih dahulu oleh
instructor yang bertugas. Dialah yang akan “melepaskan” korang merentasi kabel
zipline yang sepanjang 320 meter tu… saya dah cuba dah… Jangan jelesss……. (^_^)
taraaaaaa....!
Selamat
juga sampai ke garisan penamat… selesai ber’zipping’!
Pengalaman di Kiulu, Tamparuli memang akan menjadi salah satu memori manis. Semoga pada semester depan, pengalaman yang lebih menerujakan akan tiba! Sekian untuk entri kali ini..
Love,
Aimie Yusof :)
No comments:
Post a Comment